Thursday, September 16, 2010

aKu MasiH akU



 
KelaHiran??
Alhamdulillah..aku sangat-sangat bersyukur kerana hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 23 tahun dan dalam penghulu segala hari iaitu jumaat .aku bersyukur kerana diberi kesempatan oleh yang Maha Esa melihat dan meneruskan perjalanan hidup yang penuh cabaran. liku-liku hidup ni sangat bererti bagi diri aku kerana ia mematangkan aku dan banyak memberi aku kesedaran dan pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. nilainya sangat berharga. bulan 9 yang memberi makna tersirat dalam diari hatiku. i'm just a Human Being.

 I can't be perfect like PROPHET. aku menandah tangan memohon dan berdoa supaya aku bisa hidup dengan penuh keberkatan dan di jauhi segala amarah nafsu durjana yang boleh merosakkan dan menyebabkan aku boleh terjerumus ke lembah hina. jujur aku katakan dari hati bahawa aku sendiri pernah terfikir untuk kembali kepada-NYA. perasaan bercampu baur yang membelenggu hidup aku menyebabkan aku berfikiran rendah jauh dari yang sebenarnya. walau pahit mana yang kita lalui pasti akan ada yang manis menanti dalam perjuangan hidup kita.



amat sukar diluahkn dengan kata-kata jika membicarakan mengenai kelahiran. walau bukan meminta tapi takdir yang menentu segala. ibu yang menangung akan merasai kepayahan, kesiksaan dan bebanan yang diuji terhadap mereka. kita seharusnya bersyukur dengan apa yang dimiliki pemberian dari Yang Maha Esa. sujud kepada-NYA adalah perkara utama dalam kehidupan seharian tanda syukur yang teramat sangat. aku sangat berbangga dapat dilahirkan dan memiliki keluarga yang sderhana dan bahagia.



No comments:

Post a Comment